KUALA LUMPUR : DAP akan menjadi jaguh dalam
menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang
dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP,
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika
media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.
Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan
melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.
"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan
Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.
"Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi
sebenarnya kepemimpinan DAP. Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah
alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan media membuat
tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.
"Jika media yang dikatakan alat UMNO itu
melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan
diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada
Guan Eng" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan
Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan
akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana
bimbang kenyataannya akan diputar belit.
Menurutnya, Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak
kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama
ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang.
"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik
murahan DAP dan pakatan pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah
pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang
menyokong kerajaan.
"Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh
kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini
tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media
arus perdana," jelasnya.
Tunku Aziz juga mendakwa sekatan terhadap media
akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk
memerintah negara.
"Kebebasan media yang ada kini akan terus
lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan
media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat
sebelah," ujarnya.
GG: Tak hairan dengan statement Tunku Abdul Aziz sebab GG tahu semua pemimpin Pakatan Rosak jaguh block-memblock ni.
No comments:
Post a Comment